kenape kenape kenape
kalau aku jumpe foreigner
aku tak boleh nak cakap english
saraf macam lambat nak hantar maklumat ke otak
lepas tu otak macam tak nak proses maklumat tu dengan cepat
untuk saraf bawak ke mulut untuk diluahkan ape word english yang
nak cuba aku sampaikan
aku selalu nekad nak belajar bahasa inggeris balik
even kalau campur tolak darab bahagi
dari umur 6 tahun smpai umur 25 tahun
belajar bahasa inggeris
korang kire la sendiri berapa lama sebab korang pun mesti rase benda yang sama
aku masih tak boleh nak communicate atau buat writing dalam bahasa inggeris dengan baik
nak salahkan sape
nak salahkan mak ayah yang belajar sampai tingkatan 5 sekolah melayu sebab tak cakap bahasa inggeris kat rumah?
nak salahkan kawan sekolah yang rata-rata duduk area simpang? (korang wikipedia la simpang tu kat mane. tu pun kalau simpang tu ade masuk dalam wikipedia)
nak salahkan cikgu bahasa inggeris? (cikgu bahasa inggeris aku semua best. yang spoil cikgu math je)
nak salahkan sekolah? (sekolah aku kat simpang jugak)
yang dalam kepala hotak aku ni aku salahkan kerajaan je. jawapan memang nampak klise tapi kene terima hakikat masalah ni bukan aku sorang je yang hadap. kalau ikut tatatcara researh, sampel dah boleh mewakili populasi. menteri-menteri yang bijak pandai ni diorang tak perasan ke masalah yang aku hadap ni. rata-rata budak2 gen y ni tak boleh nak ckp english dgn baik pun. belajar english bape taun tapi.....ape masalah diorang ni haa.... tak terfikir ke mungkin ade masalah dengan content dalam PnP english dekat sekolah ni.
aku ni cuma wakil daripada berjuta rakyat msia yang sebaya aku yang ade masalah ni.
No comments:
Post a Comment